Selamat Datang Ke Butik Calosa
Kami memasarkan blouse dari jenama Calosa yang dikeluarkan dari Indonesia. Jenama ini mengutamakan fabrik cotton dan dihiasi dengan sulaman yang padat dan menarik. Harga yang ditawarkan sudah termasuk kesemua kos import. Pihak kami hanya menjual secara runcit sahaja.
Buat masa sekarang hanya tempahan yang diterima dan tiada stok tetap didalam simpanan kami. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat dengan jenama ini perlu menempah terlebih dahulu dengan deposit sebanyak 50% dari harga baju. Setelah baju diterima dari Indonesia bayaran selebihnya akan dituntut sebelum penghantaran.
Ada juga baju yang telah habis didalam stok agen kami di Indonesia, oleh yang demikian pihak kami akan memulangkan kembali wang deposit anda seberapa segera setelah mendapat pengesahan dari sana. Adalah dinasihatkan supaya memberi no akaun anda semasa pembayaran deposit untuk memudahkan pihak pentadbiran kami memulangkan wang anda.
Disini hanya menjual blouse sahaja. Seluar dan Aksesori seperti yang dipakai oleh model tidak termasuk kecuali yang dinyatakan di dalam katalog.
Tempahan
Wednesday, December 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment